Acar Jutawan merupakan produk bumiputera Islam yg diinspirasikan daripada resepi tradisi. Acar ikan masin ini menggunakan 100% resepi asli dan menggunakan bahan2 semulajadi serta tidak menggunakan bahan pengawet dan pewarna tiruan. Sungguh menepati citarasa tempatan, kombinasi ikan masin, lada jeruk dan bawang putih jeruk menjadikan ia pilihan hidangan yang lengkap. Sesuai dimakan bersama nasik putih, nasi minyak, bubur atau apasaja makanan rutin masyarakat Malaysia.
Berat :
140gram
Harga :
Acar Ikan Masin Talang ( RM 10.90 )
Acar Ikan Masin Kurau ( RM 14.90 )
Acar Ikan Masin Bertulang ( RM 15.00)Acar Ikan Masin Kurau ( RM 14.90 )
Acar Buah-buahan (RM 8.00)
KINI DENGAN VERSI X-TRA PEDAS !!!
AcarJutawan dalam Harian Metro 26 Ogos 2014
Alhamdulillah…segmen Agro di Harian Metro hari ini saya dedikasikan ini kepada semua dermawan yang menyumbang kepada saya sebagai mangsa banjir terutama Chef Amer(wang anda semua saya laburkan ke sini), kepada designer saya AF Creative, kepada suami Azli Lee Abdullah, mak ayah, anak-anak yang memahami jatuh bangun saya, kepada team dapur AJ, kepada agen-agen AJ, kepada sifu saya Dr Azizan Osman, motivator tetap saya Zul Musa, tempat saya top up ilmu MdRasid Bin MdYassin, coach saya Aishah Ramond, team MMG DAO Kuantan-Terengganu, pembeli-pembeli AJ.
Tanpa bantuan dan sokongan moral anda semua, siapalah saya, tiadalah AcarJutawan. Terima kasih juga kepada semua agensi kerajaan yang cuba saya dekati – Pertanian, LKIM, KPDNKK, SIRIM, FAMA , MARDI
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Luv
Pernah tak masa anda nak makan tiba2 rasa hilang selera nak menjamah hidangan? Atau bila mana ibu2 or anak2 dara duk sibuk ganti pose tapi malas yg amat nak bangun sahur utk masak atau panaskan lauk?
Kalau itu yang anda alami sesekali apa salahnya ubah selera dengan menambah hidangan penambah selera dari koleksi AcarJutawan hasil keluaran Zati D'Hati. Belum pernah cuba dan belum pernah tengok acar apa yang saya maksudkan ni? Haa..nanti saya tayang kat anda dengan gambar2 menarik hidangan yang boleh anda cuba dengan koleksi AcarJutawan ni.
Nak makan dengan nasi putih boleh, bubur nasi, jemput2, masakan panas mcm nasi goreng, mee goreng dll, ubi kayu rebus dan macam2 lagi la ikut selera anda je. Nampak sedap kan? Haaa..bukan setakat dipandang aje sedap, rasa pun sangat la sedap juga. Saya tak tipu! Sebab saya sendiri pun dah berbotol2 saya makan kat umah ni. Siap recycle botol kaca acar jutawan tu buat isi 'overnight oat' pulak.
Apa yang ada dalam variasi AcarJutawan?
*Acar ikan masin talang (biasa / extra Hot / bertulang)
*Acar ikan masin kurau (biasa / extra Hot)
*Acar Buah-buahan
*Acar ikan masin talang (biasa / extra Hot / bertulang)
*Acar ikan masin kurau (biasa / extra Hot)
*Acar Buah-buahan
*Acar Sotong Kering (NEW!)
Gambar di bawah ni la tokey nya AcarJutawan yang marvelous ni.. Pn Amaruszati Noor Rahim (bahasakan dirinya sebagai kak Zati) anak kelahiran Pekan Pahang. Thats why tagline acarjutawan ni "Poh palleh...sedapnya!" Tapi memang serius cakap sgt sedap! Yang bertudung merah tu anak dara tunggalnya. Kak Zati sedang buat finishing dengan menambah bawang putih jeruk dan cili api jeruk dalam adunan acar ikan masin yang dah dimasak.
Kalau tanya pada saya apa special sangat dengan AcarJutawan ni? Ia memang premium la dari segi rasa dan kualitinya. Tumisan acarnya dimasak berjam-jam lamanya untuk memastikan ketahanan acar ini tanpa tambahan bahan pengawet sintetik. Packaging dalam botol kaca menambah kualitinya.
Kenapa botol kaca? Jawab kak Zati kerana antara bahan yang diguna dalam penghasilan acar ini adalah cuka masak. Cuka bersifat asidic dan jika disimpan lama dlm bekas plastik ia akan mempengaruhi kualiti acar tersebut. Cuba lihat bahan2 memasak seperti kicap, cuka, sos dan lain2 yg dijual di pasaraya dan kedai2 runcit..Mostly botol kaca la utk jaga kualiti bahan tersebut. Thats why kenapa acarjutawan ni agak premium rupanya. Selain itu pembungkusan menggunakan botol kaca membolehkan ia menjadi hadiah yang eksklusif utk saudara mara dan sahabat handai. Sesuai untuk bawa semasa travelling /umrah /haji sebab tak perlu simpan dlm fridge selepas dibuka. Sekadar pastikan anda menceduk isinya dengan sudu yang bersih dan tidak bercampur makanan lain.
TQ
No comments:
Post a Comment