Monday, 15 September 2014

A Cup Of Coffee


A Cup of Coffee

Kini tiba musim salji, seorang pemuda terbangun dari lenanya. Pemuda itu menuju ke arah tingkap biliknya. Di luar, butiran-butiran putih terlihat indah jatuh dari langit menghiasi halaman rumahnya.
“Salji..” kata pemuda itu pelahan.

Setelah merasa dirinya puas melihat salji-salji yang indah itu, pemuda itu menutup ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah 30 minit, pemuda itu keluar dari biliknya dengan berpakaian rapi.
Pemuda itu menuju ke arah dapur, dicapainya cawan putih dan kopi. Pemuda itu mengisi serbuk kopi itu ke dalam cawannya lalu menuang air panas dan mengacaunya. Secawan kopi hitam tanpa gula.

Pemuda itu mengambil roti dan meletakkannya diatas piring kecil. Kemudian dia melangkah ke peti sejuk untuk mengambil jem strawberi. Saat menutup pintu peti sejuk itu, matanya terlihat gambar di pintu peti sejuk tersebut. Di gambar itu, ada seorang lelaki dan seorang gadis yang tersenyum dengan tangan mereka membuat bentuk ‘LOVE’.

Pemuda itu tersenyum saat melihat gambar itu. Dia menyentuh gambar itu perlahan-lahan. Tepatnya di bahagian gambar seorang gadis yang cantik itu.

“Selamat pagi, IU” sapa pemuda itu.

Pemuda itu tersenyum sekali lagi melihat wajah gadis cantik pada gambar tersebut. Kemudian dia mengambil sarapannya dan menuju ke balkoni rumahnya. Tujuannya untuk menikmati sarapan dengan melihat keindahan salji yang turun dari langit.

Pemuda berambut hitam itu meletakkan roti dan kopi yang dibawanya di meja kecil di balkoni itu lalu pemuda itu duduk di kerusi berhampiran di meja itu. Matanya terus melihat ke arah salji-salji putih yang indah tersebut.

Pemuda itu mengambil kopinya lalu bersandar tubuhnya pasa kerusi tersebut. Matanya terpejam saat menghirup kopi tersebut. “Ahhh... nikmatnya..” Kenikmatan kopi tersebut bagai dapat dirasa melalui tekaknya. Sementara mindanya berfikir tentang gadis yang mengisi hatinya pada masa dulu.


Flashback ON

5 TAHUN LALU

Di Cafe ‘Seoul of Coffee’. Salah satu cafe terbaik yang ada di Seoul. Cafe yang menyediakan pelbagai jenis minuman dan makanan yang diperbuat dari kopi-kopi terbaik di seluruh dunia.
Hari minggu, hari yang tepat untuk menghabiskan masa di bandar dan masa yang tepat untuk berdating. Itulah yang sedang dilakukan oleh sepasang kekasih tersebut. Duduk di salah satu meja, menikmati kenikmatan kopi pilihan mereka sambil mendengar lagu-lagu romantis.

“Bagaimana hari-harimu sayang? Apakah semuanya baik?” tanya pemuda tersebut yang memulakan percakapan tersebut.

Masih tiada jawapan. Gadis itu masih setia menatap keluar tingkap cafe tersebut. Memerhatikan penjalan-penjalan kaki yang melintasi bandaraya Seoul.

“IU!” kali ini pemuda tersebut memanggil dengan memegang bahu IU. Membuat IU terkejut dan kembali kepada dunianya.

“Ya?” balas IU sambil memandang kearah pemuda tersebut.

“Awak termenung? Awak okey ke?” tanya pemuda itu dengan risau.

IU tersenyum hambar mengahadapi pemuda itu. Jari-jari lentiknya mengelilingi permukaan cawan kopinya. “Su... Suho Oppa...” panggil IU perlahan.

“Hm..?” pemuda bernama Suho itu memandang wajah kekasihnya.. “Ada apa sayang?” tanya Suho lembut.

IU menghembuskan nafasnya. Bagaimana dia boleh memberitahu pada kekasihnya ini? Kekasihnya ini terlalu baik. Dia terlalu lembut. IU menghembuskan nafasnya sekali lagi. Menguatkan hatinya. Macam manapun dia harus beritahu semua ini kepada Suho.

“Saya.. Saya nak hubungan kita berakhir, oppa..” kata IU akhirnya.

Suho terkejut. Melihat kekasihnya tidak percaya. Berakhir? Apa maksudnya? Apa maksud semua ini?
“Apa maksudmu IU?” tanya Suho untuk mendapat kepastian. Mungkin saja dia tersalah dengan.
IU menatap Suho dengan rasa bersalah. “Maafkan saya, Oppa. Tapi.. saya betul-betul nak hubungan ini berakhir” kata IU.

Suho tersenyum hampa. Ternyata dia tak salah dengan. “Alasanya?” tanya Suho selembut mungkin dan tersenyum dengan manis.

IU berasa semakin bersalah pada Suho. IU tahu kalau senyuman Suho kini bukanlah senyuman manis yang biasanya. Senyum ini adalah senyuman kekecewaan yang mendalam. Seyum kecewa yang ditutupi oleh senyum manis.

“Saya.. Saya ada pilihan lain” kata IU sambil menunduk.

“Siapa?” Balas Suho lembut.

“Kris. Wu Yi Fan.” Jawab IU perlahan. IU masih menundukkan kepalanya. Tidak berani dan tidak sanggup untul melihat mata Suho yang mengambarkan perasaannya yang terluka.

“Apa awak bahagia dengannya?” tanya Suho. IU mengangguk perlahan. Suho tersenyum melihat IU yang menunduk tidak berani melihatnya.

Suho mengangkat dagu gadis cantik itu dengan tangannya. Membuat mata mereka bertentangan dengan terpaksa. “Kalau bergitu, pergilah kepadanya” kata Suho lembut.

IU tidak percaya dengan apa yang didengar. Pemuda ini rela melepaskannya? “Apa oppa tak marah dengan saya? Apa oppa rela melepasnya saya?”

Suho tersenyum sekali lagi. “Kenapa saya perlu marah kalau awak bahagia dengannya? Saya rela lepaskan awak asalkan awak bahagia”

IU menatap Suho dengan mata yang berkaca-kaca. Air matanya jatuh mengalir di pipi putihnya. IU menghampiri Suho lalu memeluknya. “Gomawo oppa.. Gomawo.. Oppa yang terbaik... Hiks.. Maafkan saya sebab kecewakan oppa... “

Suho tersenyum membalas pelukan IU. Tangannya mengusap kepala Iu dengan lembut. Berusaha untuk menenangkan IU yang terus menangis di dalam pelukkannya. “Sssshhhh.. Uljima.. Jebal.. Oppa tak suka tengok awak menangis..”

IU melepaskan pelukannya. Mengusap air mata yang membasahi kedua pipinya. IU menatap Suho dengan lembut. Tangannya memegang pipi Suho.

“Oppa orang yang baik. Sangat baik. Saya yakin oppa akan dapat orang yang jauh lebih baik dari saya.” Kata IU dengan serius. Suho mengangguk dan tersenyum.

IU mendekati wajahnya dengan Suho. Mencium Suho dengan lembut. Memberikan ciuman tanda perpisahan kepada Suho. Ciuman yang singkat yang menyalurkan seluruh perasaannya pada Suho. Memandang pemuda itu sekejap. “saya kena pergi, Suho oppa”
Suho mengangguk dan tersenyum. “Pergilah” katanya lembut.

“oppa orang yang baik. Terima kasih untuk semuanya. Maaf telah mengecewakan oppa.” Kata IU dan berlalu pergi dari cafe. Meninggalkan Suho sendiri.
Suho menatap cawanya. “sepertinya.. Kopi hitam tanpa gula akan terasa pahit mulai sekarang.”


Flashback END!

Suho menghirup kopi itu sekali lagi. Salji turun semakin lebat. Semakin memenuhi halam rumahnya.
“Sudah lima tahun berlalu, IU? Apa khabar dengan awak hari ini?” tanyanya  pada angin yang bertiup. Berharap angin itu boleh menyampaikan pertanyaannya pada orang yang dirinduinya selam lima tahun ini.

“IU, awak pernah tanya saya kan? Bagaimana pagi saya saat awak tiada di sisi saya?” katanya sendiri. “pagiku sangatlah dingin. Sedingin lantai balkoni yang kini telah ditutupi oleh salju ini”
Suho kembali menghirup kopinya. Tak ada lagi air kopi yang diminumnya sejak tadi. Yang tinggal hanya serbuk-serbuk kopi sahaja.

“Secawan kopi hitam tanpa gula menemani jiwaku yang sepi di pagi yang dingin. Bukankah sesuai untuk saya, IU?” kata Suho lagi.

Suho berdiri dan pergi ke halaman rumahnya yang sudah ditutupi oleh salji. Suho menghulurkan tangannya ke udara. Berusaha menampung salji yang terus jatuh di atas  tapak tangannya.

“Salji.. sampaikan salamku padanya. Katakan bahawa aku baik baik saja. Katakan bahawa aku selalu mendoakan yang terbaik untuknya.”

Suho kembali masuk ke dalam rumahnya setelah menyampaikan permohonannya pada salji-salji putih yang berjatuhan. Sebelum menutup pintu rumahnya, Suho menatap keluar. Kembali memandang salji-salji putih tersebut.

“SEMOGA AWAK BAHAGIA DENGANNYA, IU”
TAMAT

No comments:

Post a Comment