korang pasangan yang sedang bercinta?
dah berapa lama bercinta?
jom kita tengok perbezaan antara orang baru bercinta dengan orang yang dah lama bercinta
TIME BARU BERCINTA
OTP
26hours. (Tak rasa erti jemu)
TIME DAH LAMA BERCINTA
OTP 26seconds.
dengar suara baru bunyi "A" dah nak termuntah).
Kalau boleh dalam hati tak nak pasangan call.
Alasan : mengantuk, tak larat, letih, dll
TIME BARU BERCINTA
Mesej setiap ketika (kalau lambat balas mesej lagi satu mesej tanya kenapa lambat balas takpun missed call).
TIME DAH LAMA BERCINTA
Mesej balas 24jam sekali.
Kalau boleh tak nak balas mesej.
Rimas rasanya.
TIME BARU BERCINTA
Tengah lepak dengan kawan pun takpe mesej/ texting.
TIME DAH LAMA BERCINTA
"tak boleh la call..nanti member I cakap apa pula"
DAN BANYAK LAGI!
malas nak cakap nanti aku jadi beremosi!!!!!
dulu semua sanggup semua
TAK APA
sekarang???
semua penuh alasan....
tak menyesal tapi tahu kau dah bosan!!!!
copy from: http://ceritacintasedih.blogspot.com/
Sometimes, the best memories are sad because you know there will never happends again..
Tuesday, 14 April 2015
Friday, 27 March 2015
Song with 'Story'
For a long time I'm not update to this blog...
I really miss all my memories in here...
I want intro all of you to one song that I like now because there own story in there...
try find title 'Atmosfera-Berakhirlah Sudah" in Youtube..
That song make me remember to my friends...
Bestie + 'Crazy' friends in the same time..
it's about there love story...
https://www.youtube.com/watch?v=YdzfwCU4uV0
Then, the answer for that song is 'Laluna-Lara Hati'
it's about 'she' wanna that boy back to be her lover..
She still love her Ex-Boyfriend until now...
https://www.youtube.com/watch?v=8JofwnzhDBo
now, I want fine a song about couple be a friend..
have any suggestion?
because now there are be a friends...
maybe 'Teman Tapi Mesra' can replace it...
later.. I will intro you to them... the character for my story...
Tuesday, 21 October 2014
Our trip at Penang and Perak
we're at USM Meseum.
Alone sometimes more better
OMG!!! What that??
At a roof on kellie's castle
Enjoy our trip at Taman Rekreasi Gunung Lang
Omo!! i forget where is this...
Enjoy with Che and Chacha
2PP1 at Kellie's Castle
I love this pictures..
Messages for my friends
Breakfast together...
USM!!
Our way into Kellie's castle
Penang Hill make we feel awesome!!
Our way to somewhere..
Enjoy!! Enjoy!! Enjoy!!
Alone sometimes more better
OMG!!! What that??
At a roof on kellie's castle
Enjoy our trip at Taman Rekreasi Gunung Lang
Omo!! i forget where is this...
Enjoy with Che and Chacha
2PP1 at Kellie's Castle
I love this pictures..
Messages for my friends
Breakfast together...
USM!!
Our way into Kellie's castle
Penang Hill make we feel awesome!!
Let's pictures explain to you what I think
Our way to somewhere..
'4 Serangkai' at Kellie's Castle
Enjoy!! Enjoy!! Enjoy!!
Tuesday, 7 October 2014
AcarJutawan.Com
Hubungi kami: 018-2772769 / 018-3236769|acarjutawan@gmail.com
Acar Ikan Talang dan Acar Ikan Masin Kurau resipi tradisi dengan persediaan moden ini boleh dimakan bersama nasi putih, aneka nasi dan bubur nasi. Terbaik sebagai pembangkit selera.
Acar Jutawan merupakan produk bumiputera Islam yg diinspirasikan daripada resepi tradisi. Acar ikan masin ini menggunakan 100% resepi asli dan menggunakan bahan2 semulajadi serta tidak menggunakan bahan pengawet dan pewarna tiruan. Sungguh menepati citarasa tempatan, kombinasi ikan masin, lada jeruk dan bawang putih jeruk menjadikan ia pilihan hidangan yang lengkap. Sesuai dimakan bersama nasik putih, nasi minyak, bubur atau apasaja makanan rutin masyarakat Malaysia.
Berat :
140gram
Harga :
Acar Ikan Masin Talang ( RM 10.90 )
Acar Ikan Masin Kurau ( RM 14.90 )
Acar Ikan Masin Bertulang ( RM 15.00)Acar Ikan Masin Kurau ( RM 14.90 )
Acar Buah-buahan (RM 8.00)
KINI DENGAN VERSI X-TRA PEDAS !!!
AcarJutawan dalam Harian Metro 26 Ogos 2014
Alhamdulillah…segmen Agro di Harian Metro hari ini saya dedikasikan ini kepada semua dermawan yang menyumbang kepada saya sebagai mangsa banjir terutama Chef Amer(wang anda semua saya laburkan ke sini), kepada designer saya AF Creative, kepada suami Azli Lee Abdullah, mak ayah, anak-anak yang memahami jatuh bangun saya, kepada team dapur AJ, kepada agen-agen AJ, kepada sifu saya Dr Azizan Osman, motivator tetap saya Zul Musa, tempat saya top up ilmu MdRasid Bin MdYassin, coach saya Aishah Ramond, team MMG DAO Kuantan-Terengganu, pembeli-pembeli AJ.
Tanpa bantuan dan sokongan moral anda semua, siapalah saya, tiadalah AcarJutawan. Terima kasih juga kepada semua agensi kerajaan yang cuba saya dekati – Pertanian, LKIM, KPDNKK, SIRIM, FAMA , MARDI
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Luv
Pernah tak masa anda nak makan tiba2 rasa hilang selera nak menjamah hidangan? Atau bila mana ibu2 or anak2 dara duk sibuk ganti pose tapi malas yg amat nak bangun sahur utk masak atau panaskan lauk?
Kalau itu yang anda alami sesekali apa salahnya ubah selera dengan menambah hidangan penambah selera dari koleksi AcarJutawan hasil keluaran Zati D'Hati. Belum pernah cuba dan belum pernah tengok acar apa yang saya maksudkan ni? Haa..nanti saya tayang kat anda dengan gambar2 menarik hidangan yang boleh anda cuba dengan koleksi AcarJutawan ni.
Nak makan dengan nasi putih boleh, bubur nasi, jemput2, masakan panas mcm nasi goreng, mee goreng dll, ubi kayu rebus dan macam2 lagi la ikut selera anda je. Nampak sedap kan? Haaa..bukan setakat dipandang aje sedap, rasa pun sangat la sedap juga. Saya tak tipu! Sebab saya sendiri pun dah berbotol2 saya makan kat umah ni. Siap recycle botol kaca acar jutawan tu buat isi 'overnight oat' pulak.
Apa yang ada dalam variasi AcarJutawan?
*Acar ikan masin talang (biasa / extra Hot / bertulang)
*Acar ikan masin kurau (biasa / extra Hot)
*Acar Buah-buahan
*Acar ikan masin talang (biasa / extra Hot / bertulang)
*Acar ikan masin kurau (biasa / extra Hot)
*Acar Buah-buahan
*Acar Sotong Kering (NEW!)
Gambar di bawah ni la tokey nya AcarJutawan yang marvelous ni.. Pn Amaruszati Noor Rahim (bahasakan dirinya sebagai kak Zati) anak kelahiran Pekan Pahang. Thats why tagline acarjutawan ni "Poh palleh...sedapnya!" Tapi memang serius cakap sgt sedap! Yang bertudung merah tu anak dara tunggalnya. Kak Zati sedang buat finishing dengan menambah bawang putih jeruk dan cili api jeruk dalam adunan acar ikan masin yang dah dimasak.
Kalau tanya pada saya apa special sangat dengan AcarJutawan ni? Ia memang premium la dari segi rasa dan kualitinya. Tumisan acarnya dimasak berjam-jam lamanya untuk memastikan ketahanan acar ini tanpa tambahan bahan pengawet sintetik. Packaging dalam botol kaca menambah kualitinya.
Kenapa botol kaca? Jawab kak Zati kerana antara bahan yang diguna dalam penghasilan acar ini adalah cuka masak. Cuka bersifat asidic dan jika disimpan lama dlm bekas plastik ia akan mempengaruhi kualiti acar tersebut. Cuba lihat bahan2 memasak seperti kicap, cuka, sos dan lain2 yg dijual di pasaraya dan kedai2 runcit..Mostly botol kaca la utk jaga kualiti bahan tersebut. Thats why kenapa acarjutawan ni agak premium rupanya. Selain itu pembungkusan menggunakan botol kaca membolehkan ia menjadi hadiah yang eksklusif utk saudara mara dan sahabat handai. Sesuai untuk bawa semasa travelling /umrah /haji sebab tak perlu simpan dlm fridge selepas dibuka. Sekadar pastikan anda menceduk isinya dengan sudu yang bersih dan tidak bercampur makanan lain.
TQ
Monday, 15 September 2014
A Cup Of Coffee
A Cup of Coffee
Kini tiba musim salji, seorang pemuda terbangun dari
lenanya. Pemuda itu menuju ke arah tingkap biliknya. Di luar, butiran-butiran
putih terlihat indah jatuh dari langit menghiasi halaman rumahnya.
“Salji..” kata pemuda itu pelahan.
Setelah merasa dirinya puas melihat salji-salji yang indah
itu, pemuda itu menutup ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah 30 minit,
pemuda itu keluar dari biliknya dengan berpakaian rapi.
Pemuda itu menuju ke arah dapur, dicapainya cawan putih dan kopi.
Pemuda itu mengisi serbuk kopi itu ke dalam cawannya lalu menuang air panas dan
mengacaunya. Secawan kopi hitam tanpa gula.
Pemuda itu mengambil roti dan meletakkannya diatas piring
kecil. Kemudian dia melangkah ke peti sejuk untuk mengambil jem strawberi. Saat
menutup pintu peti sejuk itu, matanya terlihat gambar di pintu peti sejuk
tersebut. Di gambar itu, ada seorang lelaki dan seorang gadis yang tersenyum
dengan tangan mereka membuat bentuk ‘LOVE’.
Pemuda itu tersenyum saat melihat gambar itu. Dia menyentuh
gambar itu perlahan-lahan. Tepatnya di bahagian gambar seorang gadis yang
cantik itu.
“Selamat pagi, IU” sapa pemuda itu.
Pemuda itu tersenyum sekali lagi melihat wajah gadis cantik
pada gambar tersebut. Kemudian dia mengambil sarapannya dan menuju ke balkoni
rumahnya. Tujuannya untuk menikmati sarapan dengan melihat keindahan salji yang
turun dari langit.
Pemuda berambut hitam itu meletakkan roti dan kopi yang
dibawanya di meja kecil di balkoni itu lalu pemuda itu duduk di kerusi
berhampiran di meja itu. Matanya terus melihat ke arah salji-salji putih yang
indah tersebut.
Pemuda itu mengambil kopinya
lalu bersandar tubuhnya pasa kerusi tersebut. Matanya terpejam saat menghirup
kopi tersebut. “Ahhh... nikmatnya..” Kenikmatan kopi tersebut bagai dapat
dirasa melalui tekaknya. Sementara mindanya berfikir tentang gadis yang mengisi
hatinya pada masa dulu.
Flashback ON
5 TAHUN LALU
Di Cafe ‘Seoul of Coffee’. Salah satu cafe terbaik yang ada
di Seoul. Cafe yang menyediakan pelbagai jenis minuman dan makanan yang
diperbuat dari kopi-kopi terbaik di seluruh dunia.
Hari minggu, hari yang tepat untuk menghabiskan masa di
bandar dan masa yang tepat untuk berdating. Itulah yang sedang dilakukan oleh
sepasang kekasih tersebut. Duduk di salah satu meja, menikmati kenikmatan kopi
pilihan mereka sambil mendengar lagu-lagu romantis.
“Bagaimana hari-harimu sayang? Apakah semuanya baik?” tanya
pemuda tersebut yang memulakan percakapan tersebut.
Masih tiada jawapan. Gadis itu masih setia menatap keluar
tingkap cafe tersebut. Memerhatikan penjalan-penjalan kaki yang melintasi
bandaraya Seoul.
“IU!” kali ini pemuda tersebut memanggil dengan memegang
bahu IU. Membuat IU terkejut dan kembali kepada dunianya.
“Ya?” balas IU sambil memandang kearah pemuda tersebut.
“Awak termenung? Awak okey ke?” tanya pemuda itu dengan
risau.
IU tersenyum hambar mengahadapi pemuda itu. Jari-jari
lentiknya mengelilingi permukaan cawan kopinya. “Su... Suho Oppa...” panggil IU
perlahan.
“Hm..?” pemuda bernama Suho itu memandang wajah kekasihnya..
“Ada apa sayang?” tanya Suho lembut.
IU menghembuskan nafasnya. Bagaimana dia boleh memberitahu
pada kekasihnya ini? Kekasihnya ini terlalu baik. Dia terlalu lembut. IU
menghembuskan nafasnya sekali lagi. Menguatkan hatinya. Macam manapun dia harus
beritahu semua ini kepada Suho.
“Saya.. Saya nak hubungan kita berakhir, oppa..” kata IU
akhirnya.
Suho terkejut. Melihat kekasihnya tidak percaya. Berakhir?
Apa maksudnya? Apa maksud semua ini?
“Apa maksudmu IU?” tanya Suho untuk mendapat kepastian.
Mungkin saja dia tersalah dengan.
IU menatap Suho dengan rasa bersalah. “Maafkan saya, Oppa.
Tapi.. saya betul-betul nak hubungan ini berakhir” kata IU.
Suho tersenyum hampa. Ternyata dia tak salah dengan.
“Alasanya?” tanya Suho selembut mungkin dan tersenyum dengan manis.
IU berasa semakin bersalah pada Suho. IU tahu kalau senyuman
Suho kini bukanlah senyuman manis yang biasanya. Senyum ini adalah senyuman
kekecewaan yang mendalam. Seyum kecewa yang ditutupi oleh senyum manis.
“Saya.. Saya ada pilihan lain” kata IU sambil menunduk.
“Siapa?” Balas Suho lembut.
“Kris. Wu Yi Fan.” Jawab IU perlahan. IU masih menundukkan
kepalanya. Tidak berani dan tidak sanggup untul melihat mata Suho yang
mengambarkan perasaannya yang terluka.
“Apa awak bahagia dengannya?” tanya Suho. IU mengangguk
perlahan. Suho tersenyum melihat IU yang menunduk tidak berani melihatnya.
Suho mengangkat dagu gadis cantik itu dengan tangannya.
Membuat mata mereka bertentangan dengan terpaksa. “Kalau bergitu, pergilah
kepadanya” kata Suho lembut.
IU tidak percaya dengan apa yang didengar. Pemuda ini rela
melepaskannya? “Apa oppa tak marah dengan saya? Apa oppa rela melepasnya saya?”
Suho tersenyum sekali lagi. “Kenapa saya perlu marah kalau
awak bahagia dengannya? Saya rela lepaskan awak asalkan awak bahagia”
IU menatap Suho dengan mata yang berkaca-kaca. Air matanya
jatuh mengalir di pipi putihnya. IU menghampiri Suho lalu memeluknya. “Gomawo
oppa.. Gomawo.. Oppa yang terbaik... Hiks.. Maafkan saya sebab kecewakan
oppa... “
Suho tersenyum membalas pelukan IU. Tangannya mengusap
kepala Iu dengan lembut. Berusaha untuk menenangkan IU yang terus menangis di
dalam pelukkannya. “Sssshhhh.. Uljima.. Jebal.. Oppa tak suka tengok awak
menangis..”
IU melepaskan pelukannya. Mengusap air mata yang membasahi
kedua pipinya. IU menatap Suho dengan lembut. Tangannya memegang pipi Suho.
“Oppa orang yang baik. Sangat baik. Saya yakin oppa akan
dapat orang yang jauh lebih baik dari saya.” Kata IU dengan serius. Suho
mengangguk dan tersenyum.
IU mendekati wajahnya dengan Suho. Mencium Suho dengan
lembut. Memberikan ciuman tanda perpisahan kepada Suho. Ciuman yang singkat
yang menyalurkan seluruh perasaannya pada Suho. Memandang pemuda itu sekejap.
“saya kena pergi, Suho oppa”
Suho mengangguk dan tersenyum. “Pergilah” katanya lembut.
“oppa orang yang baik. Terima kasih untuk semuanya. Maaf
telah mengecewakan oppa.” Kata IU dan berlalu pergi dari cafe. Meninggalkan
Suho sendiri.
Suho menatap cawanya.
“sepertinya.. Kopi hitam tanpa gula akan terasa pahit mulai sekarang.”
Flashback END!
Suho menghirup kopi itu sekali lagi. Salji turun semakin
lebat. Semakin memenuhi halam rumahnya.
“Sudah lima tahun berlalu, IU? Apa khabar dengan awak hari
ini?” tanyanya pada angin yang bertiup.
Berharap angin itu boleh menyampaikan pertanyaannya pada orang yang dirinduinya
selam lima tahun ini.
“IU, awak pernah tanya saya kan? Bagaimana pagi saya saat
awak tiada di sisi saya?” katanya sendiri. “pagiku sangatlah dingin. Sedingin
lantai balkoni yang kini telah ditutupi oleh salju ini”
Suho kembali menghirup kopinya. Tak ada lagi air kopi yang
diminumnya sejak tadi. Yang tinggal hanya serbuk-serbuk kopi sahaja.
“Secawan kopi hitam tanpa gula menemani jiwaku yang sepi di
pagi yang dingin. Bukankah sesuai untuk saya, IU?” kata Suho lagi.
Suho berdiri dan pergi ke halaman rumahnya yang sudah
ditutupi oleh salji. Suho menghulurkan tangannya ke udara. Berusaha menampung
salji yang terus jatuh di atas tapak
tangannya.
“Salji.. sampaikan salamku padanya. Katakan bahawa aku baik
baik saja. Katakan bahawa aku selalu mendoakan yang terbaik untuknya.”
Suho kembali masuk ke dalam rumahnya setelah menyampaikan
permohonannya pada salji-salji putih yang berjatuhan. Sebelum menutup pintu
rumahnya, Suho menatap keluar. Kembali memandang salji-salji putih tersebut.
“SEMOGA AWAK BAHAGIA DENGANNYA, IU”
TAMAT
Tuesday, 24 June 2014
[MV] Device Hoon - "Don't Break Up"
Device Hoon - Don't Break Up
디바이스 훈 - Don't Break Up
Device Hoon - Don't Break Up
lyric
don't you see that your love has gone away
those beautiful kiss
most meaningful things yeah
seems to be all wrong
painful words that have truly broken your heart
every passion that's been led to be depression
those beautiful minds have all become to obsession yeah
though you will know
although you'll know it's gonna hurt
don't break up
don't break up
don't break up
don't break up
even though that it seems to be gone away
this will always be the word that i'm gonna say
don't break up
don't break up
feel the love that is deep down in your heart
don't forget all the wonderful things you felt
he's the one that you'll never ever find again
don't you feel that your love is gonna say
see the rain fallin' down
feel the chain tying down yeah
seen it through your eyes
filled with tears and a sight of a shiver
don't break up
don't break up
don't break up
don't break up
even though that it seems to be gone away
this will always be the word that i'm gonna say
don't break up
don't break up
feel the love that is deep down in your heart
don't forget all the wonderful things you felt
he's the one that you'll never ever find again
every fiction has a beautiful tension yeah
your powerful love could be a kind of infection
this time you should do it all
don't break up
don't break up
don't break up
don't break up
even though that it seems to be gone away
this will always be the word that i'm gonna say
don't break up
don't break up
feel the love that is deep down in your heart
don't forget all the wonderful things you felt
he's the one that you'll never ever find again
never have to be alone
sekian lama
assalamualaikum dunia..
sekian lama diriku tidak menjejak di blog ini..
ini kerana banyak perubahan yang berlaku ke atas diriku..
perubahan yang sangat drastik..
tahun 2014 sudah sampai ke pertengahannya..
tapi baru kini aku membuat blog ini...
kini,
aku tidak lagi berapa di Asrama Kolej 6..
kini aku berada di Asrama di Kolej 7 bersama senior kami yang sumpah baget bagus..
hihihihihii..
sebenarnya.. tiada masalah pun dengan mereka..
tapi kadang-kadang mereka gila kuasa,,
peraturan mereka buat mengikut fikiran mereka tanpa pembincangan dengan yang berkuasa..
bukan tidak terima, tapi hati kami sakit bila mendengar peraturan itu..
kami boleh membantah jika kami mahu..
tapi kami berfikir secara matang..
kami buat apa yang kami mahu tanpa menyusahkan sesiapa...
kami tidak menentang bukan bermakna kami lemah..
tatapi kami tidak ingin mencipta pergaduhan..
Dari hati,
AZZ
sekian lama diriku tidak menjejak di blog ini..
ini kerana banyak perubahan yang berlaku ke atas diriku..
perubahan yang sangat drastik..
tahun 2014 sudah sampai ke pertengahannya..
tapi baru kini aku membuat blog ini...
kini,
aku tidak lagi berapa di Asrama Kolej 6..
kini aku berada di Asrama di Kolej 7 bersama senior kami yang sumpah baget bagus..
hihihihihii..
sebenarnya.. tiada masalah pun dengan mereka..
tapi kadang-kadang mereka gila kuasa,,
peraturan mereka buat mengikut fikiran mereka tanpa pembincangan dengan yang berkuasa..
bukan tidak terima, tapi hati kami sakit bila mendengar peraturan itu..
kami boleh membantah jika kami mahu..
tapi kami berfikir secara matang..
kami buat apa yang kami mahu tanpa menyusahkan sesiapa...
kami tidak menentang bukan bermakna kami lemah..
tatapi kami tidak ingin mencipta pergaduhan..
Dari hati,
AZZ
Subscribe to:
Posts (Atom)



























