Thursday, 30 May 2013

Lukisan Manga Berasaskan Senibina Malaysia Yang Sangat Awesome

Selalunya kita biasa melihat hasil lukisan style manga dari pelukis-pelukis luar negara, dari Jepun terutamanya. Tapi kali ini mari kita lihat hasil tangan rakyat MALAYSIA.


Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, pelukis yang bernama Chong Fei Giap ini telah menghasilkan satu siri lukisan style manga yang diberi nama 'Schoolgirl'. Apa yang menarik tentang siri lukisan ini ialah bukan sahaja hasilnya yang memang nampak sangat cantik, tapi juga tema yang dipilih di mana ianya banyak memaparkan tentang suasana dan senibina yang terdapat di beberapa tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia.

Dalam lukisan-lukisan di bawah anda boleh lihat beberapa background yang dilukis berdasarkan tempat-tempat di negara kita seperti Penang, Ipoh, Seremban dan juga Selangor, selain menggunakan watak pelajar sekolah wanita yang memakai seragam sekolah Malaysia sebagai watak utama. Anda boleh lawati profil beliau di laman Deviant Art (klik).

Girl on balcony




















































Fishing village school girl 3.0 (Pasir Penambang, Kuala Selangor)

Girl in the window (Penang)
Fishing village school girl (Pulau Ketam, Selangor)
Sundry shop
Back alley girl (Seremban)
After school 
Girl with camera on rooftop 
Floating village girl 
Comic fiesta 2011 
Cable car in town 
Rooftop girl (Georgetown, Penang)
Old town school girl (Ipoh)
Village school girl

WATAK PENJAHAT DISNEY

Apakah terjadi jika watak jahat ini diberikan pembedahan plastik ala Korea Selatan?





Hansome dan cantik kan?? ^_^V




FAKTA Berkaitan WUDHU

Cara-cara mengambil wuduk dengan cara betul

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti 
fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu


Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Fakta  Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wuduk Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )


Huraian

Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam….

Rahsia Di Sebalik Tanda Tangan



Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang.
Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:
1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut.
5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka  nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.
6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting.
8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

KOMPUTER punya pasal..

20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet

20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet

20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet (Menarik!) | Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Betul tak?


Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.

(1) Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.


( 2 )  Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.

( 3 )  Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”

( 4 )  Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!

( 5 )  Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!

( 6 )  Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!

( 7 )  Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”

( 8 )  Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”

( 9 )  Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”

( 10 )  Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”

( 11 )  Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”

( 12 )  Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).

( 13 )  Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.

( 14 )  Tidur terganggu kerana online.

( 15 )  Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.

( 16 )  Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”

( 17 )  Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.

( 18 )  Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.

( 19 )  Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”

( 20 )  Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”



Bahaya Menghadap Komputer Lebih Dari 5jam Sehari!



Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.
Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4500 orang  yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah  diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.
Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, Stamatakis berkata,
“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”
Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90%  lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang  juga menjadi salah satu punca masalah kesihatan.
Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari,
“Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.
Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari. Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan penyelesaian yang telah dicadangkan.

10 Mouse Termahal Di Dunia


Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif. Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik.













Mouse Yang Direka Khas Oleh BMW




Tuesday, 2 April 2013

Dunia~WORLD

Assalamualaikum dunia yang sementara..

di sini cece nak beritahu bahawa dunia cece berubah apabila masuk ke KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH (KVKMS)..

Ulang tahun cece juga disambut di KVKMS.. berlainan tanpa umi dan abi di sisi..

Cuti sekolah dah bermula dan sudah hampir habis...

cece nak share serba sedikit aktiviti cece disamping 7 assingment yang diminta untuk dibereskan..

COSPLAY@COSWALK pada 24 MAC 2013
Ni kawan baru cece.. Albert James (Chong Wai Loon), Hayate Chan (Chan Keng Yin) & Switch Low (Low Kan Wen)

Menurut low, James dan hayate ini sepupu.. Low dan James ni sama sekolah dan bersekolah di SMK Tanah Putih..

Boleh tak kalau cece cakap yang Hayate ni abang pada James dan Low??
Yang sebenarnya, hayate memang lebih tua dari mereka berdua ni.. baru 18 tahun la..

 This is Uchiha Zhang Zhang.. He so cool with Sasuke costume...
 sorry to say.. but I don't know who is that...
Mereka berdua ni senior di sekolah.. sorry sekali lagi, sebab cece tak tahu siapa yang kat tengah tu~

 ni watak Uchiha Sasuke dan Akashi Seijuro...

Boleh teka tak berapa umur gadis lolipop ini???
baru 15 tahun.. kecomelannya teserlah kan... geram bila tengok muka dia yang comel tu..

MONSTER~ *nothing to say*

Ni la Hayate tadi... Karakter NATSU!!

Jangan ditanya, saya tak tahu siapa mereka..

Hero SMK Tanah Putih... HotStuff...
satu sekolah kenal diorang.. sorang Lengzhai.. sorang Kyeopta...

Masih ingat mereka??
Ni la WanNur's Sister.. memang tak boleh dipisahkan...



JOM!!! Tengok gambar yang cece EDIT untuk diorang!!! ^_^V

Cece memang sempat ambil gambar dengan Albert James..
dan dah edit dah pun...



Low buat-buat mengajuk tengok gambar ni... Sedih la sangat kan..
Last2.. cece edit gambar baru..