Sunday 28 August 2016

Kembalikan ~


Tahu tak perasaan bila sesuatu yang kau sayang, yang bersemadi dengan kau dari kecil.. tiba-tiba hilang dari diri kau? Hanya Allah yang tahu perasaan tu... puas dah aku menangis bila mengenangkan benda yang paling aku sayang, hilang dari hidup ni.. tolonglah, kembalikan harta yang memberi semangat dan senyuman aku.. SUMPAH aku sangat memerlukannya..

penat hati ni menangis.. penat jiwa ni meronta.. penat perasaan ni memberontak..

hanya satu, kembalikan semangat hidup ini kembali..

Wednesday 30 March 2016

Berharap Engkau Berubah

kau bahagia bersama denganya sekarang. senyuman selalu terukir dibibir kau. Alhamdullillah kau bahagia walaupun bukan aku penyebabnya. aku gembira untuk itu. tapi bukannya aku tak tahu, , senyuman kau banyak menutup luka dan masalah kau. hanya aku yang tahu.


taknak ke kau jadi seperti dulu? jadi seorang yang sentiasa ceria? jadi seorang yang selalu happy? jadi seorang yang hyper walaupun hakikatnya kau mempunyai ego yang tinggi melangit dan sangat baran? kau tak suka diganggu. aku mahukan kau yang dulu yang selalu bersama aku disaat aku gembira dan terluka. kawan yang sentiasa mendorong aku saat aku down dan takde mood.
mana kau yang dulu? Ya Allah.. rindunya aku kepada si dia.

jadilah seperti dulu. walaupun aku tahu kenapa kau berubah menjadi seperti ini. kau mempermainkan hati orang yang tidak bersalah kerana hati yang sering dipermainkan oleh manusia yang tiada hati. aku ingin membantu kau untuk berubah menjadi seperti dulu. kau memang mengizinkan, tetapi kau seakan menutup peluang yang aku cuba berikan.

Tuesday 1 March 2016

Now~

walaupun sekarang hidup sangat sibuk dengan assingment..

 tapi sebagai remaja, kita tak boleh lari dari rasa cinta.. meluahkan atau pendam? itu cara tersendiri.. seksa saat memendam rasa.. takut jika diluahkan akan menyebabkan kehilangan... pada Allah SWT sahaja perasaan cinta dan sayang kepada insan tersebut ini diungkapkan.. rindu??! kadang kala rasa mahu menangis sampai berguling-guling sebab terlalu rindu... gaduh??! jangan cakap laa... sentiasa bergaduh saat whatsapp.. tapi bila jumpa segalanya ok belaka... jarak dan batas menyebabkan ada jurang yang besar... sangat besar!! ada juga yang mereka cerita sehingga menjauhkan lagi keakraban kami.. membuat kami canggung untuk bertemu muka... bukan mahu bercinta seperti orang lain... cukuplah sekadar bersahabat kerana tahu ini ialah cinta yang bertepuk sebelah tangan...


Kini, kerisauan terhadap dirinya memang menyiksa.. harap sangat dia baik-baik saja.. semoga semuanya dipermudahkan.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. harap dia jangan stress dengan apa yang berlaku.. jadi dia yang happy-good-lucky.. dia yang selalu nampak kuat di mata ini.. dia yang selalu menjadi diri ini semangat walaupun kadang-kadang naik mental dengan perangai dia....