Sunday, 29 December 2013

Malam di Taman Budaya.

Ya ALLAH..
sesungguhnya aku menrindukan saat seperti ini.

Mendeklamasi sajak..
Nyanyian lagu puisi..
Walaupun sambutan di sini tidaklah ramai,
tetapi cukup bagi mengubati rindu dalam sastera.

Deklamasi dari bonda Amaruszati,
Nyanyian lagu puisi dari Along..
Persembahan silat
dan banyak lagi.

Rindu aku terubat dengan suasana di sini.
Ya ALLAH, sesungguhnya aku merindui saat ini..

Sunday, 22 December 2013

Liku-liku kehidupan

Bismillahhirahmanirahim..
Assalamualaikum dunia yang sementara...

Kehidupan ini penuh dengan cabaran kan?
Kadang-kala sampai tak sanggup nak hadapinya.
Walaupun setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Kita sahaja yang tidak mengetahui cara penyelesaiannya..
Sabar dan berani mencuba..
Itu yang penting.
Luahkan perasaan kepada orang yang paling kita percaya.
Hal ini akan membuat kita menjadi lebih tenang.

Think positive more better than negative.
LOVE you.

Friday, 20 December 2013

Sahabat Pendorong Kehidupan.





Gadis yang lahir pada 16 November 1997. Aku mengenali gadis ini semasa umur lapan tahun. Mempunyai seorang adik lelaki yang sporting dan memahami serta caring. Nama koreanya ialah Lee Hyun Rim. Banyak pengalaman yang dikongsi bersama dengannya. Semasa waktu kemuncak pengenalan kami, aku hanya mengenalinya sebagai budak satu fardu Ain dengan aku dan tanpa aku mengetahui bahawa dia satu sekolah denganku.

Menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, kelas kami hanya bersebelahan. Semenjak itu hubungan kami lebih rapat apatah lagi apabila si gadis mula meminati hiburan K-pop. Bermula dengan group boyfriend, bertukar ke B1A4 dan bertukar dan terus bertukar mengikut peredaran masa. Saat aku mengenalinya kini, Si gadis sedang dilamun cinta sehingga membuat kerja yang tidak masuk akal menurut orang lain tetapi tidak aku kerana aku turut menurut serta.

Gambaran kepada si gadis menerusi mataku, Si gadis seorang yang periang, comel tetapi mudah gemuruh. Keputusan dalam pelajaran tidaklah menghampakan. Walaupun di gadis tidak aktif dalam sukan, tetapi dalam pelajaran jangan dipandang remeh. Si gadis lebih suka kepada sesuatu yang ‘Have Fun’ dan ceria. Sebagai bukti, lihat sahaja group-group K-pop yang diminati, semuanya berwarna-warni. Malah, si gadis kini seorang yang sukakan aiskrim sehingga mengheret aku ke lembah aiskrim yang sama disamping meraikan hati yang diwarnai pelangi.


Si gadis ialah sahabatku, Ruwaida.





Nama yang diberi amatlah manis. Dilahirkan pada 6 Januari 1997. Merupakan anak sulung daripada lima adik beradik. Antara pembawa Virus K-Pop di sekolah. Aku mengenali si dia saat berumur 8 tahun di tuisyen nusaju di kampungku dan berpisah semasa berumur 9 tahun. Jangka masa yang pendek untuk mengenali si dia dengan lebih mendalam.

Menurutku, si dia seorang yang tabah dalam menghadapi ujian hidup walaupun kadang kala ramai yang terlebih dahulu melepasinya. Si dia pandai memasak dan mengemas tetapi memang gagal dalam bab-bab mengemas pakaian sendiri. Laptop Si Dia ini penuh dengan korea daripada bahan belajar. Tapi jangan risau, si dia ni belajar ok, hanya math je yang selalu menjadi masalah baginya. Kalau bab-bab mendownload, boleh tanya si dia yang gilakan mendownload video.

Aku berjumpa kembali dengannnya saat masuk ke alam menengah tetapi si dia sekelas dengan si gadis. Kerana si dia ini, Virus K-Pop menular ke seluruh kelas malah turut merebak ke kelas-kelas yang lain juga. Untuk pengetahuan, Si dia ini bermata empat. Mungkin kerana banyak sangat tengok TV. Pernah ada pengalaman melihat dia menangis tetapi aku tidak memujuknya kerana lebih ramai yang menghampirinya dan aku pergi ke arah sahabatku yang sedang menumpahkan air mata kerana tiada yang berani memujuknya selain aku. Rasa bersalah juga kerana tidak memujuknya tetapi aku masih memikirkan sahabatku yang seorang lagi.
Kini, hubungan kami sangat rapat. Aku selalu tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengannya jika mempunyai kesempatan. Bermula dengan nama koreannya Choi Si Jung, bertukar kepada Lee Young Kyung dan kini namanya Lee Soo Jung.

Dia rakanku, Sarah Afiqah.


Lee Ha Na 




20 Julai 1997, Si Ceria ini dilahirkan ke bumi ini. Si Ceria ini memang menyukai nama AiLee. Mungkin sempena namanya dan idol kesayangannya itu. Aku sudah mengenali si ceria ini dari 7 tahun tetapi aku tidak tahu sejak bila si ceria ini mengenaliku. Si ceria ini anak tunggal yang menjadi lawan mainku semasa sekolah rendah sehingga sekarang. Kami kadang kala bersama, kadang kala berpisah. Untuk pengetahuan, si Ceria ini mudah tertarik dengan warna pink. Si Ceria merupakan SI MERAH JAMBU. Aku pernah memanggilnya gila kuasa kerana dia suka tulis besar-besar di white board or black board.

Si Ceria ini juga merupakan kpoper yang setia dengan group lelaki idamannya Beast. Tatapi masih menyelit untuk meminati group lain juga. Lumrah hidup sebagai kpoper yang sering bertukar-tukar group. Si Ceria ini murah dengan senyuman yang menawan dan manis jika dipandang. Bukan itu sahaja, si ceria ini juga cantik orangnya. Si ceria ini bijak dalam pelajaran tetapi kurang dalam bersukan.

Aku sering mengunjungi rumah si ceria ini jika ada kelapangan bersama-sama temanku yang lain. Jika ke rumah si ceria ini, kami pasti akan pulang kekenyangan kerana ibunya suka memasak untuk kami. Perangai si ceria ini, walau apapun, si ceria ini sering melakukan di hadapan TV. Dan jadi sahabat baik antara si ceria ini dengan tv agaknya. Apapun, aku happy kalau dengan si ceria ini.


Si ceria ini ialah Nur Aina. 






Dia dilahirkan pada 28 Februari 1997. Dia ialah sahabat yang berbangsa cina. Aku mengenali dia saat kami berumur 13 tahun. Gadis ini mempunyai seorang abang. Gadis ini seorang yang sentiasa  ‘Happy-Go-Lucky’. Dia juga seorang kpopers yang sering bertukar-tukar group.



Dia ini pandai bermain Yoyo Cina. Dia bersama kawan-kawannya sering bermain dan membuat persembahan yoyo cina di sekolah. Dia ini pandai dan lemah dalam beberapa mata pelajaran. Dia seorang yang comel, cantik, ceria dan bersemangat tetapi jangan menyuruhnyya masuk persembahan di atas penttas kerana dia tidak akan melakukannya. Mungkin kerana malu. Dia pandai bermain badminton.



Dia mempunyai ketawanya yang tersendiri. Dahulu, dia meminati kumpulan Beast. Selepas itu bertukar ke kumpulan Ze:A dan kini meminati kumpulan infinite. Adakah dia akan bertukar kumpulan lagi? Dia seorang yang menarik menurut aku. Dia juga caring dan pandai mencuit hati. Dia ini menjalin hubungan dengan TV secara terbuka. Dia memang seorang yang baik. Aku memang suka mencubit pipinya yang comel tu. 

My Friends Tan Yien Siew.





Dilahirkan pada 9 Ogos 1997. Si Riang ini mempunyai darah dari negeri kijang. Si Riang ini merupakan sahabat baikku. Perkenalan bermula pada 15 tahun disaat si Riang ini menyadang jawatan pengawas sama sepertiku. Disebabkan perangainya gila-gila sepertiku, aku mudah bergaul dengannya. Malah, tanpa segan silu aku boleh meluahkan perasaan yang bermain dalam hati ini kepadanya.

Si Riang ini mempunyai wajah yang cantik dan berseri. Si Riang ini juga sudah pernah menjejak kaki ke tanah suci pada tahun ini. Bertuahnya si Riang ini. Si Riang ini cerdik dan aktif dalam sukan bola tampar. Nampak je kurus macam tu, tapi tak pandai duduk diam.

Gambaran Si Riang ini melalui mataku ialah, Si Riang seorang yang tabah dan sukakan cabaran. Si Riang seorang yang matang. Si Riang ini juga tidak suka belajar tetapi senang menangkap ilmu yang dipelajari. Aku sering keluar bermain atau jalan-jalan dengan si Riang ini. Sememangnya si Riang ini tidak renggang dengan adik perempuannya.

Si Riang ialah Izzati Liyana.





That is my ‘sister’. She so caring. We have many sweet and sad memories together.She born in 10 July 1983. She from Indonesia. Long time ago, I start know her at Ever Lasting Friend=E.L.F group in Facebook.  

Since I saw her picutre, I think She so cute. Sometimes, if I have problem, I find her and tell everything to her. She give me a support to stand again.  Now, I think she like me. Stay find our friend from korean, Donghya and Yinho. We don’t know where are they.

She so amazing!! I think she my sister, friend and awesome kpopers. She like japan and korean drama. If you see her Facebook, you will know what she like.

She is Dewi.





When I’m happy, I find you. When I’m cry, I find you. I like say ‘Unnie Hug You dear’.  You are born on 16 Februari 1991 in Indonesia. You are always make me calm down. You make me happy, laugh and smile.

You are very amazing and awesome woman. I really want sister like you. Where and When I meet you? Forgot it. I know you are a good sister, friends and ELF Family.

I really trust you as my friends. When I see you pictures long time ago, I know you are pretty in my eye.

She so KIND! I Love her as my friends and sister. I really hope can meet she.

She is Sabrina Wury.  

Wednesday, 11 December 2013

PERBINCANGAN TIGA PEMIMPIN YAHUDI

YAHUDI 1: "Kita tak boleh lawan Umat Islam melalui peperangan, sebab umat islam perang untuk mati (syahid)" 

YAHUDI 2: "Hmm, betul. Selagi kitab ini (al-Quran) ada di tangan mereka tak mungkin mereka boleh dikalahkan." 

YAHUDI 3: "Kita serang secara pribadi mereka sehingga mental dan Rohani mereka lemah. Kita penuhkan siaran tv mereka dengan cerita yg melalaikan, kita penuhkan radio dengan lagu-lagu yang mengasyikkan jiwa mereka !! KITA HANCURKAN PEMUDA-PEMUDI MEREKA!! Biar mereka lalai dari solat! Kemudian kita pecah-belahkan mereka!! Biar mereka terus berperang satu sama lain!" 

YAHUDI 1: "Bagus! Biar mereka terlalai, terlena. Biar mereka lupa kitab dan solat mereka. Sebab umat islam akan jadi lemah bila tinggalkan ajaran TUHAN mereka." 



Adakah Kita mahu mereka terus menjajah mental/rohani kita? Jom berubah sedikit demi sedikit ke jalan Allah. Baru Islam itu LEBIH kuat. ALLAHUAKBAR!!!

SAYANGILAH AGAMAMU KERANA TUHAN MENYAYANGI DIRIMU UMAT ISLAM



11 12 13

Tarikh yang cantik..
SUBHANALLAH...

Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.
Peristiwa ini HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!! MasyaAllah
Ia dipanggil 'MONEY BAGS'.
Kita satu-satunya generasi
yang telah melihat ...
01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12
& akan menempuh tarikh
11/12/13 hari ini.. Anda boleh menjadi salah seorang yang pertama untuk memberitahu.
Maha Suci Tuhan yg menjadikan alam...

Sunday, 24 November 2013

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya„ Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang….

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. 

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Kisah Seorang Doktor


Kisah Seorang Doktor | Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
“kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”
doktor tersebut tersenyum dan berkata :
” sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya..”
“bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..
si doktor tersenyum lagi & berkata :
” saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci ” drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali”..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”
“memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” gumam si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
“alhamdulillah..anak anda selamat..!” dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah “kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!”
“kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!”komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : “anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..”

Rahsia Tarikh Lahir


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. 
Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. 

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Monday, 4 November 2013

Salam Muharram

Selamat menyambut awal Muharram..
semoga sentiasa dirahmati oleh ALLAH SWT.
I LOVE ISLAM
I LOVE MUHAMMAD
I LOVE ALLAH..

Saturday, 19 October 2013

RAYA 2013

I'm forget want to share about Raya Aifilfitri in 2013.
Our colour this year is blue..
My Little brother Nur Iman choose this colour..
Pretty? Hansome? Cool? Cute? Funny??
All of them is my family..

All my family. <3

my mom with 4 of my brother..
Hero in my world..
from left: Abdul 'Alim, Muhammad Amsyar, Amaruszati (mom), Muhammad hafid, Ahmad taqiuddin

My little brother.. My heart.. My soul were cry because he think we don't want snap his pictures..
Love you so much Nur Iman

FREE STYLE!! SALAM AIDILFITRI!

Tuesday, 13 August 2013

Kisah Pencuri Melihat 7 Perkara Ganjil Semasa Mengali Kubur

Kisah Pencuri Melihat 7 Perkara Ganjil Semasa Mengali Kubur


Kisah Pencuri Melihat 7 Perkara Ganjil Semasa Mengali Kubur | Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut,
” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..