Sunday 28 August 2016

Kembalikan ~


Tahu tak perasaan bila sesuatu yang kau sayang, yang bersemadi dengan kau dari kecil.. tiba-tiba hilang dari diri kau? Hanya Allah yang tahu perasaan tu... puas dah aku menangis bila mengenangkan benda yang paling aku sayang, hilang dari hidup ni.. tolonglah, kembalikan harta yang memberi semangat dan senyuman aku.. SUMPAH aku sangat memerlukannya..

penat hati ni menangis.. penat jiwa ni meronta.. penat perasaan ni memberontak..

hanya satu, kembalikan semangat hidup ini kembali..

Wednesday 30 March 2016

Berharap Engkau Berubah

kau bahagia bersama denganya sekarang. senyuman selalu terukir dibibir kau. Alhamdullillah kau bahagia walaupun bukan aku penyebabnya. aku gembira untuk itu. tapi bukannya aku tak tahu, , senyuman kau banyak menutup luka dan masalah kau. hanya aku yang tahu.


taknak ke kau jadi seperti dulu? jadi seorang yang sentiasa ceria? jadi seorang yang selalu happy? jadi seorang yang hyper walaupun hakikatnya kau mempunyai ego yang tinggi melangit dan sangat baran? kau tak suka diganggu. aku mahukan kau yang dulu yang selalu bersama aku disaat aku gembira dan terluka. kawan yang sentiasa mendorong aku saat aku down dan takde mood.
mana kau yang dulu? Ya Allah.. rindunya aku kepada si dia.

jadilah seperti dulu. walaupun aku tahu kenapa kau berubah menjadi seperti ini. kau mempermainkan hati orang yang tidak bersalah kerana hati yang sering dipermainkan oleh manusia yang tiada hati. aku ingin membantu kau untuk berubah menjadi seperti dulu. kau memang mengizinkan, tetapi kau seakan menutup peluang yang aku cuba berikan.

Tuesday 1 March 2016

Now~

walaupun sekarang hidup sangat sibuk dengan assingment..

 tapi sebagai remaja, kita tak boleh lari dari rasa cinta.. meluahkan atau pendam? itu cara tersendiri.. seksa saat memendam rasa.. takut jika diluahkan akan menyebabkan kehilangan... pada Allah SWT sahaja perasaan cinta dan sayang kepada insan tersebut ini diungkapkan.. rindu??! kadang kala rasa mahu menangis sampai berguling-guling sebab terlalu rindu... gaduh??! jangan cakap laa... sentiasa bergaduh saat whatsapp.. tapi bila jumpa segalanya ok belaka... jarak dan batas menyebabkan ada jurang yang besar... sangat besar!! ada juga yang mereka cerita sehingga menjauhkan lagi keakraban kami.. membuat kami canggung untuk bertemu muka... bukan mahu bercinta seperti orang lain... cukuplah sekadar bersahabat kerana tahu ini ialah cinta yang bertepuk sebelah tangan...


Kini, kerisauan terhadap dirinya memang menyiksa.. harap sangat dia baik-baik saja.. semoga semuanya dipermudahkan.. harap semuanya berjalan dengan lancar.. harap dia jangan stress dengan apa yang berlaku.. jadi dia yang happy-good-lucky.. dia yang selalu nampak kuat di mata ini.. dia yang selalu menjadi diri ini semangat walaupun kadang-kadang naik mental dengan perangai dia....

Saturday 26 September 2015

KVMS Friendmily'97

Let's me tell you something about my Vocational College of Muadzam Shah's member. Friendship is a relationship of mutual affection between two or more people. Friendship is a stronger form of interpersonal bond than an association. Friendship has been studied in academic fields such as sociology, social psychology, anthropology, and philosophy. Various academic theories of friendship have been proposed, including social exchange theory, equity theory, relational dialectics, and attachment styles. A World Happiness Database study found that people with close friendships are happier.
Although there are many forms of friendship, some of which may vary from place to place, certain characteristics are present in many types of friendship. Such characteristics include affection, sympathy, empathy, honesty, altruism, mutual understanding and compassion, enjoyment of each other's company, trust, and the ability to be oneself, express one's feelings, and make mistakes without fear of judgment from the friend.
While there is no practical limit on what types of people can form a friendship, friends tend to share common backgrounds, occupations, or interests, and have similar demographics.

ceehh wahh.. speaking la pula...

Friendmily'97 di Uniten Muadzam Shah bagi program Anti Dadah anjuran Kelab Pendidikan Moral bagi pelajar Uniten.

Ini hidup kami, kami anak-anak kelahiran tahun 1997 yang mempunyai personaliti yang jauh berbeza, tetapi kami harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Di KVMS, batch'97 lebih suka menggunakan Friendmily'97 iaitu gabungan kepada 'Friendship' dan 'Family'. Banyak cabaran yang dihadapi oleh Friendmily'97 sepanjang kami bersama, termasuklah kehilangan seorang sahabat Muhammad Huzaifah Bin Azhar yang merupakan ahli yang sangat aktif sangat memberi kesan kepada Friendmily'97 yang lain. Al-fatihah.

Room 11 member for Jamuan Raya KVMS. Dayang, Faezzah, Zahira, Fifie, Iera, Nissa, Cece(me), Ctey and Umai. 
-tanpa scha- 

Cun? Comel? Cantik? Awesome? hihi... ini roommate yang sporting gila-gila. berjuta-juta kenangan dengan diorang. suka? duga? menangis? ketawa? kami dah lalui bersama tau. kena denda sama-sama. kena marah sama-sana. dan semestinya makan dan tidur bersama. alhamdulillah. sepanjang kami bersama, kami masih lagi kekal walaupun pernah salah faham yang hampir menyebabkan pepecahan. tapi kerana kasih sayang antara satu sama lain, kami tetap bersama sehingga kini dan Insya-Allah selamanya. SAYANG SEMUANYA!

 
Poknik's Open House - Hanis, Dalila, Faezzah, Cece (me), Adeq@Azirul, Hadi, ? , Muss, Shafiq & Poknik

Jangan tanya kenapa, sebab yang tanda soal [?] memang aku tak kenal. dia tu kawan adeq. why adeq? dia ni kembar. nama dia Azirul, abang dia  Amirul. abang dia takde masa open house ni. sebenarnya, ramai je yang datang rumah poknik @ Nik Afiq Afnan ni, tapi diorang datang lambat sikit. so kami ambil la gambar yang ada dulu. Tanpa baju kurung kerana kami semua naik motor. so agak susahlah nak pakai ayu-ayu. hihi...  thank poknik. sedap mak kau masak. tahun depan buat lagi ye.. yum yum :)
  

Tembok Muadzam- Dayang, Ctey, Umai, Rina, Ain & Cece (me) 

Satu lagi yang best kat Muadzam Shah ni, banyak tempat nak ambil gambar. tu memang hobi kami la kalau bab-bab bergambar ni. Tembok ni dihasilkan oleh pelajar-pelajar Politeknik Muadzam Shah. memang awesome kan? banyak lagi lukisan diorang. nanti lah cece tunjuk kalau rajin.

sebahagian Friendmily'97

Alright! End of the story. Hope Friendmily'97 always together until the end. Insya-Allah. Love all of you. Keep smile, be healty, be happy and always fighting to be success. bye! Assallamualaikum.

Tuesday 18 August 2015

Let's me tell you something

nak jadi member tu...
tolonglah jaga aib kawan...
mulut tu please la tutup...
jangan ingat diri tu bagus sangat...
ingat dengan cara tell the true story kat orang lain dapat selesaikan masalah?
mimpilah..

INGAT!
time susah, member yang tolong kita..
bukannya orang lain..
yes! family memang ada...
tapi kalau disekeliling kita ni just ada member?
apa nak buat?
THINK ABOUT IT!

Thursday 16 April 2015

Senyum Dalam Tangisan


Adat orang bercinta, 
tangisan disembunyi oleh senyuman palsu bagi mengubat hati yang lara.
Cerita-cerita cinta sentiasa mewarnai hati yang disakiti.
Puas dengan menangis, hanya mengharapkan pujukan yang ikhlas bagi melegakan 
hati yang terguris oleh duri-duri cinta.

Saat melihat dirinya, 
hati berbunga-bunga. 
menjadi sedikit lega dan tenang.
senyuman terukir di bibir menghapus rasa sakit di hati.

apa benda yang tak boleh dipegang tetapi boleh dipecahkan?
Janji-janji manis dan kepercayaan yang diberi yang memberi
1001 harapan kepada si dia.

Berjanji pada diri, 
jangan mudah mempercayai seseorang selagi ia bukan menjadi milikku.
percaya pada jodoh yang ditentukan oleh-Nya.


Tuesday 14 April 2015

Aziz Harun - Senyum (Official Music Video) .


I don't know why...
 but, if I hear this song, I really want to smile...
 when I sad and cry, I hear this song...
 I can smile again...
 feel like someone sing a song to make me smile again..
I love this song..
 so much!!!
Senyum mean SMILE :)

 https://www.youtube.com/watch?v=rG_qgux-0Pc